This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, April 24, 2018

Respon Nedim Nazri apabila Anaknya digelar tidak comel



Mohamed Neqayl Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai Ney Ney meruapakn anak hasil hubungan pasangan popular Nora Danish dan juga Nedim Nazri.
Kehadiran baby NeyNey terus menjadi pengikat dan menguatkan hubungan suami isteri yang dibina oleh Nora dan juga Nedim.
Ternyata dengan adanya NeyNey, bayi lelaki ini terus mewarnai kehidupan mereka sekeluarga.
Namun ada berita sedih yang berlaku apabila bayi tidak berdosa ini menjadi mangsa buli apabila wajahnya dikritik oleh sesetengah netizen kurang ajar yang mengatakan NeyNey tidak comel.
Pelakon Nora Danish dia berasa amat sedih dan luluh hati dengan kejadian ini malah seperti manusia biasa, dia turut menangis.
Apabila down dan berasa sedih, pelakon ini mengatakan dia mendapat banyak suntikan semangat daripada suaminya, Nedim Nazri.
Nora berkata, walaupun menangis seharian apabila menjadi mangsa buli siber, Nedim banyak menenangkannya.
Ini pendedahan Nora tentang reaksi Nedim apabila anaknya dihina sesetengah netizen:
“Sebelum ini, perkara ini (dibuli) banyak berlaku kepada selebriti lain sehinggalah apabila ia terjadi sendiri kepada saya, saya amat terkejut.
“Bagaimana bayi yang baru sebulan, orang boleh berkata buruk tentangnya. Bagaimanapun, suami banyak memberikan sokongan moral kepada saya dan mengingatkan supaya bersabar.
“Saya tidak menyalahkan netizen kerana yang menghina mungkin hanya dua peratus sahaja bukan semua,”
Reaksi Nedim Nazri yang tenang ini harus dipuji. Ternyata Nedim seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting.
Nedim juga perlu dipuji kerana memberi kata-kata semangat buat isterinya.
Walaupun ada yang mengutuk anaknya, Nedim tetap bangga dan terus memuatnaik foto NeyNey di laman Instagram miliknya. Tahniah Nedim!
Selain itu,  Nora Danish juga menegaskan bahawa tiada akaun Instagram rasmi buat Neqayl setakat ini.
Akaun yang ada di Instagram adalah dicipta sendiri oleh orang lain, bukannya dari Nora atau Nedim.
Sumber: KOSMO!
Share:

Penjara menanti Serena???



PELAKON, Serina Redzuawan bakal berdepan dengan hukuman penjara berikutan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh memfailkan notis tunjuk sebab berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama.
Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar, 41, memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) pada 17 April lalu di sini.
Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang mewakili Gavin dalam prosiding itu di Mahkamah Tinggi Syariah berhujah, banyak pelanggaran didakwa dilakukan Serina.
“Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.
Serina bakal dipenjara
“Dalam perenggan yang dipersetujui itu juga menyatakan anak-anak tersebut  harus tidur bilik berasingan daripada Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail,” katanya.
Menurutnya, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak- anak.
Share:

Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi??


Pelakon Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia memuat naik sekeping gambar Elizabeth Tan bersama Zul Ariffin sambil mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Tindakan berkenaan mengejutkan penyanyi lagu Knock Knock itu kerana risau sekiranya ada pihak yang akan salah faham dengan perkongsian gambar mesra itu terutama menerusi kapsyen di laman Instagram milik Fathia.
Menurut laporan Berita Harian Online, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy berasa terkejut kerana tiba-tiba Fathia memuat naik gambarnya dan Zul sedangkan mereka berdua sedang berlakon bersama.
Lizzy berkata, dia tidak pernah berjumpa dengan pelakon drama Menanti Februari itu apatah lagi berkawan dengannya namun gambar tersebut telah dipadam daripada Instagram Fathia beberapa jam selepas dimuat naik.
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on Apr 7, 2018 at 4:38am PDT
Beberapa hari lalu, Lizzy telah memuat naik gambar berkenaan yang dipercayai dirakam di lokasi penggambaran filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof di Bukit Fraser, Pahang.
Walau bagaimanapun, ada peminat mengatakan Fathia sebenarnya pernah bercinta dengan bekas teman lelaki Lizzy dan sengaja mengambil kesempatan serta melaga-lagakan situasi tersebut.
A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on Apr 7, 2018 at 4:38am PDT
Apa-apa pun, hanya peminat yang mengikuti perkembangan mereka berdua yang mengetahui perkara lebih lanjut mengenai kehidupan peribadi masing-masing.
kredit: ohmymedia
Share:

Macam tak percaya!!! Sharol (shiro) tinggalkan kariernya



PELAWAK Shahrol (Shiro) tidak berasa kesal meninggalkan karier seninya di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halamannya di Johor sejak Disember tahun lalu.
Sebaliknya kata Shahrol, dia percaya rezeki Allah itu berada di mana-mana dan sebagai manusia biasa dia hanya perlu yakin akan perkara itu.
“Jujur pada awalnya memang saya rasa sayang dan berat hati tetapi saya percaya rezeki itu di tangan Allah dan saya bulatkan hati untuk pulang ke kampung.
“Alhamdulillah banyak perkara baik yang berlaku kepada saya sejak itu dan pelbagai rezeki datang kepada saya dalam pelbagai bentuk.
“Paling jelas adalah masa saya bersama keluarga selain dapat mendekatkan diri dengan peminat di negeri kelahiran saya,” katanya.

Shahrol bersama isteri, Nor Farhanah Syamimi.
Dalam pada itu, Shahrol berkata, salah satu sebab dia pulang ke Johor apabila menerima tawaran sebagai penyampai radio Best FM yang berpengkalan di negeri itu.
“Tiga kali pihak pengurusan Best FM datang ‘merisik’ saya dan akhirnya baru saya membuat keputusan untuk terima kerana saya memang minat dalam bidang penyiaran radio tambahan pernah ada pengalaman sebelum ini.
“Walaupun di Johor Best FM semakin berkembang pesat dan saya lihat inilah peluang untuk saya pulang ke kampung dan berbakti kepada negeri saya sebagai penyampai radio.
“Alhamdulillah setiap minggu waktu saya terisi dengan pelbagai aktiviti berjumpa pendengar dan cakap di mana saya akan datang,” katanya.

Sejak kembali ke kampung halaman Shahrol lebih banyak luangkan masa bersama keluarga.
Shahrol bersiaran menerusi segmen Skuad Pagi Best pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Sementara itu, Shahrol berkata, dia juga memindahkan syarikat produksinya, Bushido Production ke negeri itu bagi memudahkan kerja-kerja produksi.
“Syarikat saya buat masa ini memberi tumpuan kepada penghasilan video-video viral untuk produk selain agenda kerajaan negeri dalam bentuk santai dan menghiburkan.
“Selain kerja di konti kebanyakan masa saya sekarang dihabiskan menguruskan syarikat selain bersama keluarga,” katanya.
sumber: mstar
Share:

Tuesday, April 17, 2018

RAHSIA AWET MUDA, UMUR 40 TAHUN TAPI NAMPAK MACAM 20-AN



Ya, agar-agar yang terbuat dari rumput laut ampuh untuk membuat wajah kering dan kusam menjadi bercahaya. Bagaimana caranya? Berikut penjelasannya dari beauty blogger dunia, Farah Dhukai yang dishare dalam Instagramnya, @farahdhukai.
Mula-mula siakan bahan-bahan, seperti:
1.Didihkan air dan masukan 2 bungkus teh celup
2.Seterusnya , didihkan air dan masukan 2 bungkus teh uncang.
3.Setelah itu masukan 2 senduk makan agar-agar dan kacau terus hingga teksturnya kenyal.
Biarkan sejuk namun jangan sampai membeku lalu aplikasikan ke seluruh bahagian wajah
Biarkan 10 menit dan tarik masker yang menempel di wajah Anda. Tanpa perlu dibilas, Anda akan melihat sendiri wajah sungguh glowing..

Karena, kandungan anti oksidan yang ada pada teh akan membuat kulit sangat lembut seperti kulit bayi dan tentunya agar-agar yang menyerap seluruh kotoran ketika membeku di wajah.
Share:

Monday, April 9, 2018

Gara-Gara Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Neelofa Mengenai Fazura



Semalam, berlabuh sudah tirai Anugerah Meletop Era bagi tahun 2018. Sekali lagi Neelofa merangkul gelaran Artis Top Top Meletop untuk tahun ini bagi ketegori wanita di samping penyanyi Khai Baharbagi kategori lelaki.
Bertanya mengenai persaingan merebut gelaran ini, Neelofa akui mengaku berdepan saingan sengit dengan Nur Fazura. Dipetik menerusia BH Online, Neelofa berkata, tidak mustahil Fazura meraih trofi utama itu.
“Persaingan adalah satu realiti… Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.
Tidak Hadir Menerima Anugerah
Pada malam penuh glamour itu, Fazura diumumkan sebagai Bintang Filem Meletop dan dianggap antara persaing merebut anugerah utama, Top Top Meletop bagi kategori wanita yang dimenangi Neelofa. Namun Fazura tidak hadir pada malam penuh prestij itu dan mewakilkan pengurusnya, Iman Thanguntuk menerima trofi di pentas.

Kalaulah Fazura merangkul gelaran utama ini, pasti tak lengkap acara ini kan?
Selain trofi utama, Neelofa terus menungguli menerima banyak anugerah termasuklah Fesyen Meletop dan Pelakon Televisyen (TV) Meletop. Neelofa turut memaklumkan Kemenangan ini atas usaha peminat Indonesia yang memainkan peranan mewujudkan akaun khas yang dikendalikan peminat di Malaysia untuk mengundinya.A
Share:
Powered by Blogger.

Labels

Blogger templates